Definisi Pemasaran

Pemasaran ialah fungsi sosial dan pentadbiran yang bertujuan untuk mencipta, mengembangkan dan mengekalkan pelanggan dalam suatu aktiviti ekonomi atau pertukaran barang dan perkhidmatan. Pemasaran menyasarkan untuk mengenali dan memenuhi kehendak pengguna di dalam mengekalkan keuntungan aktiviti yang dijalankan. Pemasaran berupa produk dan perkhidmatan pada hari ini boleh dijalankan dengan berbagai cara. selain itu,pemasaran juga berkait rapat dengan 4P's,SWOT dan AIDA.

Persatuan Pemasaran Amerika (AAM): Satu proses perancangan dan pelaksanaan ke atas harga, promosi dan pengedaran terhadap barangan atau perkhidmatan supaya proses pertukaran dapat dilakukan yang mana akan memenuhi kepuasan individu dan mencapai objektif organisasi.

Kotler (1996): Pemasaran ialah satu proses social ataupun pengurusan dimana individu ataupun kumpulan memperolehi apa yang dikehendaki dan diperlukan samada dengan menciptakannya sendiri ataupun melalui pertukaran produk atau nilai dengan atau pihak yang lain.

Pemasaran bermaksud mengurus pasaran untuk mewujudkan pertukaran dan perhubungan bertujuan mewujudkan nilai dan memuaskan keperluan dan kehendak. Pemasaran juga sebagai satu proses di mana individu dan kumpulan mendapatkan apa yang mereka perlukan dan kehendaki melalui pembentukkan dan pertukaran produk atau nilai dengan orang lain.

Aktiviti seperti pembangunan produk, penyelidikan, komunikasi, pengagihan, penentuan harga dan perkhidmatan adalah aktiviti-aktiviti teras pemasaran. Walaupun kita memikirkan pemasaran sebagai aktiviti yang dijalankan oleh penjual, pembeli juga menjalankan aktiviti pemasaran. Pengguna menjalankan ‘pemasaran’ apabila mereka mencari produk keperluan mereka pada harga yang mereka mampu. Agen pembelian syarikat menjalankan ‘pemasaran’ apabila mereka menjejaki penjual dan membuat tawar-menawar untuk belian yang terbaik.

Categories: Share

Leave a Reply