Konsep Asas Dalam Pemasaran

Keperluan

Manusia mempunyai keperluan yang sangat kompleks, termasuk keperluan yang asas seperti makanan, pakaian, keselamatan dan kasih sayang. Jika keperluan tidak dapat dipenuhi, seseorang itu akan berusaha untuk mencari mendapatkan keperluan tersebut atau mengurangkannya.

Kehendak

Kehendak manusia terbentuk dari persekitaran budaya dan personality seseorang, dan ini adalah terhasil dari keperluan asasnya.

Permintaan

Bilamana kehendak dapat disokong oleh kemampuan untuk memiliki, kehendak ini dapat ditukarkan kepada permintaan.

Pertukaran

Pertukaran merupakan satu aktiviti dimana satu produk atau perkhidmatan yang diperlukan oleh satu pihak akan ditawarkan untuk penukaran oleh satu pihak yang lain dengan menepati syarat-syarat berikut:  

  1. Dua pihak yang terlibat mempunyai barangan yang berbeza
  2. Pihak yang terbabit mempunyai kebebasan untuk membuat pertukaran
  3. Setiap pihak mampu untuk berkomunikasi antara satu sama lain.

Urusniaga

Apabila wujudnya pertukaran dua barangan antara dua pihak, satu urusniaga telah berlaku.

Produk dan Perkhidmatan

Produk merupakan apa sahaja yang ditawarkan kepada pengguna untuk perhatian, milikan atau kegunaan yang akan memenuhi sesuatu keperluan atau kehendak. Konsep produk tidak terhad kepada objek fizikal, seperti kereta, rumah dan sebagainya tetapi apa sahaja yang berupaya memuaskan keperluan boleh dipanggil produk. Selain daripada produk fizikal/ketara, produk juga termasuklah perkhidmatan/servis seperti perbankan, penerbangan, perhotelan, menggunting rambut dan banyak lagi.

Perkhidmatan merupakan aktiviti atau faedah yang ditawarkan untuk jualan yang bukan ketara dan tidak mendatangkan pemilikan kepada sesuatu. Secara umumnya, produk termasuklah entiti-entiti lain seperti orang, tempat, organisasi, aktiviti dan idea.

Categories: Share

2 comments:

  1. Play Genesis/Mega Drive, Master System & more! - Videodl.cc
    Genesis/Mega Drive, Master System & more! youtube to mp3 We are pleased to announce a new video to the collection of Genesis / Mega Drive video games.

    ReplyDelete
  2. Harrah's Casino & Racetrack - MapYRO
    Find the best harrah's casino & 청주 출장안마 racetrack in Murphy, NC near Murphy, United States. MapYRO 충청북도 출장마사지 users 경기도 출장샵 can find 파주 출장안마 driving directions, 전라남도 출장샵

    ReplyDelete