Konsep Pertukaran, Urusniaga dan Perhubungan

Pertukaran

Mungkin anda telah biasa dengan perkataan ini, tetapi di sini anda akan mengetahuinya dengan lebih mendalam lagi. Pertukaran di dalam pemasaran membawa maksud pertukaran nilai antara dua belah pihak, daripada seorang pemasar kepada seorang pelanggan. Untuk membolehkan pertukaran berlaku , terdapat dua syarat iaitu:

  1. Dua pihak mesti terlibat dan setiap pihak mempunyai sesuatu
    yang bernilai untuk ditukarkan
  2. Pihak-pihak yang terlibat bersetuju untuk berurusan antara satu
    sama lain dan mempunyai kebebasan untuk menerima atau
    menolak tawaran masing-masing.
Urusniaga

Urusniaga pula merupakan tindakan dalam mendapatkan sesuatu yang dikehendaki dari satu pihak dengan menawarkan sesuatu yang lain sebagai balasan. Urusniaga merupakan elemen utama di dalam pemasaran dan ianya melibatkan lima keadaan:
  1. Terdapat sekurang-kurangnya dua pihak
  2. Satu pihak mesti mempunyai sesuatu yang bernilai kepada
    pihak yang satu lagi.
  3. Satu pihak berkemampuan untuk berkomunikasi dan membuat
    penghantaran.
  4. Satu pihak mempunyai hak untuk menerima atau menolak
    tawaran dari pihak yang satu lagi.
  5. Kedua-dua pihak mempunyai keyakinan dan kepercayaan
    antara satu dengan lain.
Perhubungan

Perhubungan memainkan peranan yang penting di sini, di samping mewujudkan urusniaga jangka pendek, pemasar perlu membina perhubungan dengan pelanggan, pengedar, wakil penjual dan pembekal yang amat berharga kepada pemasar. Mereka ingin membina perhubungan ekonomi dan sosial yang kukuh dengan menjanjikan dan menghasilkan secara konsisten produk yang berkualiti tinggi, perkhidmatan yang baik dengan harga yang berpatutan. Tambahan pula, terdapat anjakan di dalam pemasaran dari percubaan untuk memaksimumkan keuntungan , kepada pembinaan perhubungan dua hala yang berfaedah dengan pelanggan dan pihak-pihak lain. Prinsipnya adalah mudah, bina rangkaian perhubungan yang baik dengan pihak yang berkepentingan dan keuntungan akan menyusul kemudiannya.

Categories: Share

Leave a Reply