Definisi Usahawan


Didalam Bahasa Inggeris, usahawan diterjemahkan sebagai "Entrepreneur". Perkataan ini diterjemahkan dari perkataan Perancis "Entreprend" yang bermaksud “To Undertake”.
..
Didalam Bahasa Melayu, Usahawan membawa maksud individu yang mengusahakan sesuatu perniagaan.
..
Usahawan ditakrifkan sebagai
individu yang mengendalikan sesebuah perniagaan dan mengambil risiko perniagaan yang diceburinya. Antara rujukan daripada individu yang terkemuka adalah seperti :

Richard Cantillon (1680 – Mei 1734) seorang berbangsa Irish mendefinisikan usahawan sebagai individu yang membeli faktor-faktor pengeluaran pada harga tertentu dan membuat ciptaan baru, menjualnya pada masa hadapan dengan harga yang tidak pasti. Akibat daripada ketidakpastian ini, usahawan akan menanggung risiko, sama ada ia menanggung kerugian atau mendapat keuntungan.
..
David McClelland (1961) menyatakan usahawan sebagai berdaya inovatif dan kehendak pencapaian tinggi (high need for achievement). Usahawan berjaya cenderung ke arah mengambil risiko yang telah direncanakan dan mempunyai kawalan dalaman yang tinggi.

Joseph Schumpeter (1934), mentakrifkan usahawan sebagai individu yang melakukan pembaharuan atau inovasi untuk kesejahteraan organisasinya sendiri. Beliau menyatakan terdapat beberapa pembaharuan yang dilakukan oleh individu usahawan tersebut. 

Casson (1982) mendefinisikan usahawan adalah seorang yang mempunyaikepakaran dalam proses pembuatan keputusan tentang penyelarasan bahan-bahan mentah yang terhad.

Kirzner (1979) pula telah mendefinisikan usahawan sebagai individu yang sentiasa berwaspada ke atas peluang-peluang perniagaan yang orang lain tidak menyedarinya.usahawan akan mengambil tindakan secara imaginative, kreatif dan inovatif. Selanjutnya beliau menyatakan:

       “Entrepreneur is more than a just a risk-taker and innovator. He or she is the one who sees the future that no one else has seen and. If this perception is correct, bring about a reordering of resources to produce greater consumer satisfaction and technological efficiency”. 

-Pembaharuan Oleh Individu Usahawan- 

-Memperkenalkan Perkhidmatan atau barang keluaran baru.

-Memperkenalkan kaedah pengeluaran baru.

-Mencari dan meneroka sumber bahan mentah baru.

-Menyusun semula industri yang diceburinya.

-Meneroka pasaran baru.

  
Dapat dirumuskan di sini usaha perlulah bersikap proaktif, inovatif, cenderung untuk mengambil risiko dalam peluang perniagaan. Usahawan juga perlu bersedia menghadapi risiko, berkeyakinan pada diri sendiri dan mampu mencari dan merebut peluang-peluang perniagaan. 

Categories: Share

Leave a Reply