Jenis Usahawan

Terdapatnya tiga jenis usahawan:

- Peramal;

- Orang yang berusaha bersungguh-sungguh (strivers);

- Orang tengah.

Peramal

Usahawan yang merupakan peramal didorong oleh ketidakpuasan hati dengan keadaan di dunia. Mereka yang terlibat dalam rekaan baru teknologi mempunyai keyakinan yang mendalam bahawa cara pelaksanaan sekarang tidak memuaskan dan boleh diperbaiki. Oleh sebab itu, mereka akan mencari bahan-bahan dan proses-proses yang lebih baik ataupun produk-produk yang lebih berkesan untuk kegunaan pengguna-pengguna serta pelanggan-pelanggan perindustrian.

Dalam banyak daya usaha di sektor perkhidmatan, gagasan-gagasan yang baru telah membasmikan sebahagian daripada sistem-sistem yang tidak cekap. Walaupun peramal masih memerlukan untung, kuasa motivasinya melampaui sejuta dolar dan pada kelihatannya, usahawan yang mempunyai sifat ini tidak akan hilangnya. Daripada ketiga-tiga jenis usahawan, peramal merupakan jenis yang mungkin sekali menjadi pereka baru yang sebenar.

Mereka yang berusaha bersungguh-sungguh (striver)

Seperti dengan peramal, usahawan dalam golongan ini mempunyai pandangan dunia yang resah. Minat mereka lebih cenderung kepada sifat eklektik dalam pencarian projek-projek baru. Rupa-rupanya mereka tidak berpuas hati dengan apa yang telah dicapai. Tanpa henti-hentinya, mereka berusaha dengan sedaya upayanya dan harus mempunyai sekurang-kurang satu ataupun sebaik-baiknya beberapa projek pada mana-mana satu waktu. Bagi mereka, jenis usaha tidak mustahak berbanding dengan peluang untuk melibatkan diri dalam usaha. Mereka bersaing dengan garang dan tidak henti-henti menyelidik dan menguji gagasan-gagasan dan teori-teori yang baru. Pada kes keterlaluan, mereka akan memilih membuat apa-apa sahaja, termasuk mengambil risiko yang amat tinggi daripada ketidakgiatan. Secara amnya, hidup mereka tidak gembira.

Kebanyakan usahawan dalam golongan ini tidak yakin pada diri sendiri dalam perhubungan dengan masyarakat dan sentiasa kena membuktikan keupayaan mereka. Adalah ajaib bahawa lagi kaya dan lagi berjaya jenis usahawan ini, lebih takut mereka terhadap kemungkinan kegagalan. Usahawan yang telah mencapai kekayaan yang jauh melebihi keperluan untuk hidup dengan selesa sepanjang umur masih mengumpulkan lebih dan lebih pencapaian dan modal secara berterusan. Adalah disebabkan golongan ini bahawa tertimbulnya bayangan jutawan yang mencurigai, kedekut dan egosentrik.

Orang tengah 

Antara ketiga-tiga golongan usahawan, golongan ini adalah golongan yang lebih bersifat licik dan tidak dipengaruhi perasaan. Orang tengah akan mencari peluang di mana-mana pasaran, negara ataupun barangan sahaja. Mereka menganggapi bahawa kemahiran mereka adalah keupayaan untuk bertindak dengan lebih cerdik, lebih pantas ataupun lebih berkuasa berbanding pesaing-pesaing mereka. Usahawan dalam golongan ini adalah usahawan yang akan:


- mengesan kekurangan di sesuatu pasaran dan penawaran berlebihan di pasaran yang lain;

- nampak potensi yang belum direalisasikan di harta tanah; ataupun

- membawa dua pihak bersama-sama untuk kepentingan bersama.

Selain daripada makan banyak garam, mereka juga mempunyai daya cipta dan sering kalanya cekap dalam penilaian orang. Motif kewangan adalah amat kuat bagi usahawan golongan ini, akan tetapi sewaktu kecekapan diperolehi, proses berurusan lebih memberi kepuasan hati kepada mereka daripada hanya keuntungan wang sahaja.


Categories: Share

Leave a Reply