Jenis-Jenis Perniagaan Internet


1. Menjual produk fizikal di internet

Produk fizikal ialah produk yang di jual di kedai biasa atau di kilang tetapi di pasarkan secara online. Contoh bahan perubatan, vitamin, pakaian, alat telekomunikasi, makanan, barangan wanita, buku, majalah, VCD, DVD, dan sebagainya.

2. Menjual produk digital

Contoh produk ebook, program komputer, template web dan blog, dan lain-lain, produk ini hantar melalui email. Ini adalah antara bisnes online yang banyak di buat oleh usahawan internet. Buat ebook dan jual. Buat software dan jual. jual  ebook PLR antara yang pernah saya buat

3. Produk Perkhidmatan
  • Pengiklanan
  • Rekabentuk web atau blog
  • Jual insuran
  • Perundingan akitek, senitaman, jurutera profesional, alam sekitar, EIA, peguam dan lain-lain
4. Bisnes online tanpa modal

Dalam perniagaan di internet anda boleh bermula walaupun anda tiada produk nak jual, tak ada modal atau tiada kepakaran nak buat servis. Saya mula niaga di internet hanya menjual produk orang lain. Ada 2 cara yang selalu orang buat apabila kita tiada modal besar atau kita bukan pakar.

1. Jual produk fizikal atau digital melalui program agen affiliate. Sistem affiliate ialah sistem yang di bina oleh pemilik webjualan untuk melantik agen secara automatik dan agen akan mendapat web sendiri sama seperti web pemilik asal dengan kod link agen yang daftar. Agen affiliate akan dapat komisen apabila pembeli membeli melalui link ref nya. Menarik tak. Tugas anda hanya promosi sahaja.

2. Agen Dropship : Maksudnya anda promosi produk pemiliik asal, anda urus promosi, anda terima bayaran atas harga pasaran, kemudian anda bayar kepada pembekal utama harga agen. Kemudian pembekal tersebut akan poskan barang kepada pelanggan anda tadi. Dengan kaedah dropship anda tak perlu simpan stok. Anda hanya perlu ada blog free atau web sendiri untuk tujuan promosi dan display barang yang nak jual.

Keperluan Asas Jika Ingin Niaga Melalui Internet:
  1. Laman web
  2. Blog
  3. Akaun bank yang boleh akses cara online. Misalnya Maybank, CIMB, Bank Islam. Buka akaun yang ada perbankan internet.
  4. Email sendiri
  5. Pengetahuan asas promosi
  6. Akaun facebook untuk promosi
  7. Komputer atau laptop sendiri di rumah atau pejabat.
  8. Semangat yang teguh
  9. Ilmu pemasaran dan strategi pemasaran online kena belajar
Keperluan Tambahan jika ingin maju dalam bisnes online:
  1. Pemasaran email kena tahu
  2. Autoresponder free atau berbayar kena ada
  3. Ilmu affiliate iatu bagaimana nak promosi produk affiliate
  4. Tahu serba sedikit buat blog dan setting blog sebagai media pemasaran
  5. Ilmu pengiklanan, kena tahu lubang promosi, dimana ?
Anda perlu Jujur ikhlas dan memberi  servis yang baik kepada pelanggan anda. Ini adalah asas penting dalam perniagaan internet. Anda perlu bina reputasi yang baik bagi mengekal pelanggan anda

Categories: Share

Leave a Reply