Kepentingan dan Fungsi Pemasaran

A) Kepentingan kepada Individu

Pemenuhan Utiliti

Untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.  Aktiviti pemasaran dapat mengurangkan masalah yang dihadapi oleh individu untuk menyediakan segala keperluan yang tidak boleh diusahakan sendiri.

Kehidupan yang lebih baik

Aktiviti pemasaran sentiasa mengkaji keperluan, kehendak dan kemampuan pengguna menurut aliran semasa.

Memperbanyakkan pilihan produk di pasaran

Pelbagaian alternatif memberikan persaingan yang sihat.  Pengguna mempunyai banyak pilihan dan boleh memilih yang terbaik.  Ini menjadikan sesuatu produk dan perkhidmatan kompetitif dari segi mutu dan harga.  Apabila wujud persaingan organisasi perniagaan akan berusaha menyediakan produk atau perkhidmatan yang sebaik mungkin dengan harga yang paling optimum supaya pengguna terus memilih produk yang dikeluarkan.

Memperbanyakkan Peluang Pekerjaan

Pemasaran menyediakan pelbagai aktiviti professional, separa professional dan tidak professional dengan peluang pekerjaan kepada anggota masyarakat.  Peluang pekerjaan dan peluang perniagaan boleh dijalankan oleh anggota masyarakat secara tidak langsung menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.

B) Kepentingan kepada Organisasi

Mempercepatkan Proses Pertukaran

Aktiviti pemasaran mempercepatkan proses pertukaran produk atau perkhimatan dengan wang atau sebarang faedah.  Proses pertukaran yang cepat akan meningkatkan pulangan dan keuntungan perniagaan.

Memantapkan dan memanjangkan usia perniagaan

Perniagaan yang mengamalkan konsep pemasaran tidak akan menjual produk yang tidak sesuai kepada sasaran sasar.  Pengeluar akan menghentikan pengeluaran dan penjualan produk atau mengubahsuai untuk memenuhi kehendak pelanggan.  Perniagaan yang mengamalkan konsep pemasaran yang baik akan melihat kepada kejayaan syarikat untuk jangkamasa panjang.

Peluang perniagaan dalam industri berkaitan

Kerjaya berkaitan terus dengan aktiviti pemasaran.  Terdapat banyak peluang kerjaya serta perniagaan dalam aktiviti serta industri yang berkaitan dengan pemasaran seperti industri papan iklan, industri percetakan dan industri lukisan dan karya kreatif.  Industri tambahan ini dapat menambahkan lagi peluang pekerjaan dan seterusnya menjana aktiviti serta kegiatan ekonomi negara.

Categories: Share

1 comments:

  1. thank you for ur note, please visit to my blog . https://lemonteaicenia.blogspot.com

    ReplyDelete